Bekas Ratu Skuasy negara, Nicol David tampil dalam filem kempen baharu AIA Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bekas Ratu Skuasy negara, Nicol David tampil dalam filem kempen baharu AIA Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Julai - AIA Malaysia, salah sebuah penyedia insurans dan takaful terkemuka melancarkan kempen terbaharunya, 'Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna' dengan sebuah filem jenama yang menampilkan legenda skuasy dan ikon sukan negara, Datuk Nicol David. 

 

Filem itu memaparkan Nicol memainkan pelbagai watak dan peranan yang mencerminkan kehidupan yang penuh bersemangat.

 

Kempen ini merupakan ekspresi kreatif berdasarkan hasrat AIA untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih bermakna yakni kehidupan yang sihat, aktif dan bertenaga. 

 

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, pihaknya memanfaatkan minat rakyat Malaysia terhadap platform penstriman atas permintaan, yang mana AIA mendapat inspirasi untuk menghasilkan sebuah penceritaan jenama yang sesuai dan relevan untuk khalayak umum.

 

Ia juga mengetengahkan produk serta tawaran-tawaran syarikat tersebut sebagai filem dan rancangan TV yang disesuaikan mengikut profil masing-masing.

 

"Kami sedar bahawa pasaran insurans seringkali dikaburi dengan pelbagai istilah yang kadang kala sukar untuk difahami dan mungkin menjadi satu cabaran dan halangan untuk para pelanggan mendapatkan perlindungan. 

 

"Kempen Pilih Kehidupan yang Lebih Bermakna dilancarkan bagi mengurangkan kekeliruan tersebut dengan menjelaskan istilah-istilah insurans dan mempersembahkan penceritaan kami dengan kaedah yang lebih mudah difahami dan diminati rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

AIA

 

 

Nicol yang juga duta AIA Malaysia tertarik dan berasa teruja untuk bekerjasama dengan AIA bagi merealisasikan idea tersebut. 

 

"Kita kini melanggan pelbagai perkhidmatan untuk menikmati keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan, sama ada keahlian gim, pelan pemakanan mahupun saluran penstriman. 

 

 

AIA

 

 

AIA

 

 

"Jadi mengapa tidak melanggan dan pilih untuk menjalani kehidupan yang bermakna juga? Saya berharap kempen terbaharu AIA ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk Hidup Penuh Bersemangat dan mencapai aspirasi hidup mereka," katanya.

 

Kempen ini boleh diakses melalui laman web informatif dan interaktif www.aia.com.my/livewithvitality yang direka seperti paparan perkhidmatan penstriman. - DagangNews.com