KUALA LUMPUR 8 Ogos - Bank Muamalat Malaysia Berhad telah memperkenalkan Sijil Simpanan Islamik (SSi), produk terbaharu di bawah Akaun Berjangka Tetap-i berkonsepkan Tawarruq yang ditambah baik.
Bank Muamalat menawarkan pelbagai hadiah menarik yang berjumlah lebih RM3 juta dengan memberi dua kali peluang untuk pelanggan memenangi RM1 juta pada November 2023 dan Februari 2024.
Kempen tersebut turut memperkenalkan satu cabutan tambahan bagi pelanggan yang layak, untuk menjadi Jutawan SSi serta memenangi hadiah lumayan dalam sembilan kategori lain iaitu cabutan Superb ‘Million’, Superb ‘Bergaya’, Superb ‘Travel‘, Superb ‘Salary’, Superb ‘Newgen’, Superb ‘Pensioner’, Superb ‘Cash100k’, Superb State’, dan Superb ‘Cash1000’.
Tempoh kempen adalah sehingga 29 Februari 2024 dan terbuka untuk semua pelanggan baharu atau sedia ada yang berusia 12 tahun dan ke atas.
Selain itu, Bank Muamalat memudahkan proses pendaftaran bagi menyertai produk ini dengan membuka akaun SSi melalui pelbagai saluran seperti platform aplikasi Muamalat (MAP), Perbankan Internet Runcit i-Muamalat (RIB), atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Produk ini memberi pelanggan akses kepada ciri-ciri dan faedah yang baharu, termasuk peluang memenangi 754 hadiah, dengan hadiah utama berupa wang tunai RM1 juta, kereta mewah (Mercedes C200 dan Mercedes A200), baucar perjalanan, iPad, dan hadiah tunai yang lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata bank tersebut komited dalam menjamin masa depan kewangan yang sejahtera untuk pelanggan yang.
“Hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan Sijil Simpanan Islamik (SSi) yang menyediakan penyelesaian simpanan inovatif, patuh Syariah, menggabungkan kadar keuntungan yang lebih menarik dan pilihan tempoh yang fleksibel.
“Misi kami adalah jelas, untuk memperkasa setiap individu dalam memperkukuh simpanan serta memastikan kewangan yang berdaya tahan dan akhirnya, mencipta ‘kehidupan lebih baik, bersama’,” katanya.
Maklumat lanjut Sijil Simpanan Islamik (SSi) boleh dilayari di laman web www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran. - DagangNews.com








