Bahang kian terasa 1,200 sertai Datasonic H20 Run di Padang Merbok 27 Januari ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bahang kian terasa 1,200 sertai Datasonic H20 Run di Padang Merbok 27 Januari ini

Peserta mengambil kit larian Datasonic H20 Run di kaunter pengambilan Decathlon KL City Centre (Four Seasons Place) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Gambar DagangNews
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Jan - Bahang kehangatan acara larian Datasonic H20 Run yang berlangsung di Padang Merbok pada 27 Januari 2024 kian terasa.

 

Datasonic Group Berhad memaklumkan, lebih 1,000 peserta telah mendaftar bagi menyertai acara tersebut setakat ini.

 

Katanya, pihaknya menyasarkan seramai 1,200 penyertaan menjelang larian yang berlangsung pada Sabtu ini.

 

"Selain itu, Datasonic turut melanjutkan tarikh pendaftaran hingga 26 Januari ini berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

 

"Minggu lepas kami melanjutkan tarikh pendaftaran dari 12 hingga 18 Januari atas permintaan ramai," katanya ketika dihubungi DagangNews di sini, hari ini.

 

Menurut Datasonic, para peserta yang mendaftar pada minggu ini diminta mengambil kit larian di lokasi acara larian di Padang Merbok, Sabtu ini pada pukul 6 pagi hingga 7 pagi.

 

Sementara itu, tinjauan DagangNews di Decathlon KL City Centre (Four Seasons Place) di sini mendapati, proses pengambilan kit larian berjalan lancar dengan kehadiran para peserta yang mengambil bahagian.

 

 

datasonic

 

 

datasonic

 

 

Sesi tersebut berlangsung selama dua hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 8 malam dan 11 pagi hingga 6 petang.

 

Datasonic H20 Run melibatkan larian sejauh lima kilometer bermula dari Padang Merbok dan berakhir di padang tersebut. Acara tersebut akan berlangsung selama 2 jam, yang mana sesi pelepasan peserta pada pukul 7.30 pagi.

 

 

datasonic

 

 

Selain itu, Datasonic H20 Run turut menyediakan acara sampingan menarik seperti zumba, petting zoo, selain pemberian aiskrim dan gula-gula kapas percuma dan jualan trak makanan kepada para peserta.

 

 

datasonic

 

 

Orang ramai yang berminat boleh segera mendaftar menerusi https://v2.checkpointspot.asia/registration/datasonic-h20-run selain merebut peluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal Modenas Karisma 125 dan hadiah sampingan seperti barangan elektrik, telefon pintar, basikal dan sebagainya. 

 

 

datasonic

 

 

BACA JUGA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh rasmi Datasonic H20 Run pada 27 Januari ini

 

BACA JUGA: Tarikh pendaftaran Datasonic H20 Run dilanjutkan hingga 18 Januari 2024

 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dijadualkan merasmikan Datasonic H20 Run pada hari tersebut. - DagangNews.com