AXA, Setel jalin kerjasama tawar pembelian insurans kereta secara digital | DagangNews Skip to main content

AXA, Setel jalin kerjasama tawar pembelian insurans kereta secara digital

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Mac - AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dan Setel menjalin kerjasama menawarkan perkhidmatan pembelian insurans kereta secara digital dengan cara yang cepat, selamat dan mudah kepada pemandu.

 

Pengguna Setel boleh membeli pelan insurans motor AXA-SmartDrive Enhanced, memperoleh mata ganjaran Mesra, menerima sebut harga segera dan e-polisi mereka, semuanya melalui aplikasi Setel. 

 

Ia dilengkapi dengan pilihan perlindungan yang fleksibel dan mengikut ketetapan masing-masing, membolehkan pengguna mendapat perlindungan segera mengikut keselesaan mereka.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet berkata, pelanggan hari ini menggunakan kaedah digital untuk membeli dan memperbaharui insurans motor mereka dengan mengharapkan perkhidmatan yang segera, mudah dan berpatutan.

 

"Disokong oleh keupayaan untuk menawarkan khidmat melalui pelbagai rangkaian kukuh, kami teruja untuk bekerjasama dengan Setel kerana ia bukan sahaja akan membuka peluang lebih besar yang akan melengkapkan keseluruhan rantaian nilai, tetapi juga menawarkan pengalaman insurans dalam talian berintegrasi kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan pula berkata, pihaknya mahu menjadi teman setia kepada penggunanya di jalan raya dengan mengubah pengalaman mereka melalui mobiliti berinovasi. 

 

"Dengan kerjasama antara Setel dengan AXA, kami bermatlamat untuk memudahkan akses terhadap proses pembelian insurans motor, serta menjadikannya lebih mesra dan lancar untuk pemandu. 

 

 

axa

 

 

"Kami sentiasa berusaha untuk memberikan kemudahan yang tiada tandingan kepada pelanggan dan kemudahan insurans motor ini hanyalah salah satu daripada pelbagai kemudahan menarik yang kami bakal lancarkan untuk menangani masalah mobiliti harian rakyat Malaysia," katanya.

 

Pelanggan terawal yang membeli insurans melalui aplikasi Setel akan menerima diskaun 10% tambahan selain Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) mereka dari 28 Februari hingga 27 Mei 2022. 

 

 

axa

 

 

Selain itu, 500 pengguna pertama yang berjaya membeli insurans melalui Setel akan menerima e-Baucar Penghantaran KFC bernilai RM20 untuk masa terhad dari 28 Februari hingga 27 Mac 2022.

 

Pelan insurans motor AXA SmartDrive Enhanced menawarkan perlindungan komprehensif di jalan raya termasuk perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma sehingga 30 kilometer, bantuan kecemasan tepi jalan 24/7, waranti pembaikan dan kelulusan tuntutan yang pantas. 

 

 

axa

 

 

Pelanggan juga boleh memilih manfaat tambahan seperti perlindungan untuk cermin depan, banjir dan bencana alam, penepian pembaikan dan banyak lagi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.setel.com. - DagangNews.com