ANIH Berhad serah zakat perniagaan RM1,976,921.45 kepada Lembaga Zakat Selangor | DagangNews Skip to main content

ANIH Berhad serah zakat perniagaan RM1,976,921.45 kepada Lembaga Zakat Selangor

ANIH Berhad serah zakat perniagaan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemegang konsesi tol Lebuhraya KL-Karak dan LPT 1, ANIH Berhad menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM 1,976,921.45 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima replika cek penyerahan zakat perniagaan tersebut.

Penyerahan itu dibuat pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Penyerahan dilakukan oleh wakil syarikat, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD, Mohamad Husni Abd Mutalib. - DagangNews.com