KUALA LUMPUR 5 Dis - Syarikat kesihatan dan kesejahteraan Amway menganjurkan ekspo kesihatan menarik baru-baru ini dengan kehadiran lebih daripada 8,000 pengunjung bagi memulakan sambutan ulang tahun ke-90 jenama vitamin dan suplemen dietnya, Nutrilite.
Pada awal 1900, pengasas Nutrilite, Carl Rehnborg mengkaji keperluan kesihatan dan kesejahteraan penduduk di Asia dan menyedari keperluan untuk mendapatkan lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan dengan nutrien dan mineral yang sesuai untuk tubuh manusia.
Disokong sains dan penyelidikan selama 90 tahun, Nutrilite diiktiraf sebagai satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, menuai dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik.
Matlamat Amway untuk mempromosikan kesejahteraan dan menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat terbukti menerusi Program Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Nutrilite dilancarkan baru-baru ini yang memberi tumpuan untuk menyeimbangi semula mikrobiom usus manusia.
Dalam kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 1,045 responden Malaysia, 63% mencatatkan bahawa “Berat badan” adalah kebimbangan/matlamat kesihatan utama. Ini diikuti dengan “Tekanan” (47%), “Tidur” (46%) dan “Jantung” (44%)
Program Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Nutrilite membantu prospek untuk mencapai matlamat berat badan dan pengurangan lemak mereka menerusi pemakanan yang lebih sihat, digabungkan dengan produk suplemen untuk merangsang mikrobiom usus yang lebih sihat, melakukan lebih banyak aktiviti fizikal, tidur, kesihatan mental dan komuniti yang memberi sokongan.
Pengarah Urusan Amway Malaysia, Indonesia dan Brunei, Michael Jonathan Duong berkata, Program Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Nutrilite bermula dengan matlamat pengurusan berat badan.
Namun katanya, pihaknya juga menawarkan pemeriksaan kesihatan individu melalui perkongsian eksklusif bersama syarikat diagnostik terkemuka di Malaysia, Innoquest Pathology untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai faktor kesihatan dan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD), seperti hipertensi, penyakit jantung dan kencing manis.
"Amway menyokong sepenuh hati usaha Kerajaan Malaysia untuk menangani masalah kesihatan NCD yang semakin meningkat yang dikaitkan dengan 73% kematian orang dewasa. Ini dilakukan dengan menangani faktor risiko, menggalakkan kesedaran dan diagnosis kesihatan yang lebih giat, menjalani gaya hidup sihat dan memperkukuhkan langkah pencegahan," menurut Michael.
Presiden Institut Kesihatan Nutrilite, Dr Sam Rehnborg yang juga anak kepada Carl Rehnborg menyerikan ekspo berkenaan untuk memulakan siri aktiviti yang diatur sepanjang tahun sempena sambutan ulang tahun ke-90.
Tetamu kehormat lain yang menghadiri majlis berkenaan termasuk Pengerusi Bersama Amway, Doug DeVos dan Steve Van Andel yang juga anak-anak kepada pengasas Amway, Rich DeVos dan Jay Van Andel, Ketua Pegawai Eksekutif Amway, Milind Pant dan Presiden Serantau Asia Amway, Asha Gupta.
Kesemua tetamu kehormat berkenaan turut menyertai perhimpunan kepimpinan khas Pemilik Perniagaan Amway.
Rehnborg berkata, Kempen Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Malaysia merupakan satu pencapaian penting bagi Amway.
"Ia membantu untuk memperkukuhkan kedudukan kepimpinan global jenama Nutrilite sewaktu kami bakal meraikan ulang tahun ke-90 tahun hadapan.
"Kami menyokong sepenuh hati inisiatif yang memberi tumpuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, dan kami komited untuk memberi impak positif kepada kesihatan dan kesejahteraan negara," katanya.
Berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Hari Pengalaman Nutrilite dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran dan interaktif yang menyeronokkan termasuk ceramah kesihatan beberapa pakar, perkongsian testimoni Gut Reset dan perjalanan mengenali asal usul jenama Nutrilite menerusi terowong masa.
Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran eksklusif dua atlet Malaysia, perenang negara, Nur Dhabitah Sabri dan pemain badminton negara, Goh Sze Fei, yang berkongsi petua untuk menyerlahkan yang terbaik dalam perjalanan hidup mereka.
Menurut Duong, Amway Malaysia akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 pada 2026, dan terus komited dengan visi pengasas Nutrilite & Amway iaitu 'Membantu Insan Menjalani Kehidupan yang Lebih Baik, Lebih Sihat', dengan membantu masyarakat untuk mencapai kesejahteraan kewangan, pertumbuhan peribadi, sihat tubuh, minda sihat, hubungan komuniti dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Muat turut dan bimbingan penuh berhubung program Pengurusan Berat Badan Set Usus boleh didapati di <https://amwaynow.my/en/articles/gut-reset-good-health-starts-from-your-gut-amwaynow> dan <https://www.amway.my/guthealth> bagi mereka yang berminat untuk memulakan perjalanan kesihatan yang mampan dengan menyeimbangi semula mikrobiom usus.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama Nutrilite dan barisan produknya, boleh layari di sini < https://www.amway.my/category-landing-page/nutrilite>. - DagangNews.com







