AmInvest Research kekalkan saranan ‘overweight’ bagi sektor O&G didorong permintaan minyak semakin meningkat | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AmInvest Research kekalkan saranan ‘overweight’ bagi sektor O&G didorong permintaan minyak semakin meningkat

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 14 Julai - AmInvest Research mengekalkan saranan ‘overweight’ bagi sektor minyak dan gas (O&G) memandangkan permintaan minyak semakin meningkat, didorong oleh peningkatan pelaburan huluan.

 

Firma penyelidikan itu, krisis tenaga pada tahun lalu dikatakan telah merencatkan peralihan tenaga, di mana pengeluaran minyak, serta pelaburan penerokaan dan pengeluaran (E&P) huluan meningkat tahun lalu, walaupun terdapat desakan untuk usaha penyahkarbonan ketika dunia berusaha untuk mengekang pemanasan global.

 

Menurut firma itu, pengeluaran minyak dan gas global dijangka terus berkembang didorong oleh permintaan minyak yang lebih tinggi.

 

“Menurut International Energy Agency (IEA), pengeluaran minyak harian dunia telah meningkat sebanyak 4.4% YoY kepada 99.9 juta tong minyak sehari (mbopd) pada 2022.

 

“Agensi itu juga mengunjurkan pengeluaran harian meningkat 1.5% YoY kepada 101.3 mbopd pada 2023 dan seterusnya 1.7% kepada 103 mbopd pada 2024,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Walaupun sasaran sifar bersih syarikat minyak dan gas bercita-cita tinggi, AmInvestment memberi amaran bahawa beberapa syarikat besar minyak baru-baru ini menghentikan sasaran penyahkarbonan kerana mereka meraih keuntungan rekod daripada kenaikan harga minyak.

 

“Ini dapat ditunjukkan oleh pelbagai penurunan dalam sasaran pengurangan pelepasan yang dibuat oleh syarikat minyak utama baru-baru ini walaupun mengekalkan pelepasan sifar bersih mereka menjelang aspirasi 2050,” tambahnya.

 

Di antara syarikat minyak dan gas yang tersenarai awam di Bursa Malaysia, AmInvest berkata ia menyukai Yinson, Petronas, MISC, Dialog, Bumi Armada dan Deleum yang komited dalam peralihan tenaga mereka.

 

Sementara itu, pilihan utamanya untuk sektor ini kekal pada Dialog Group Berhad (beli, nilai saksama (FV): RM3.31) yang disokong oleh terminal tangki bukan kitaran yang berdaya tahan dan operasi berasaskan penyelenggaraan.

 

“Kami juga menyukai Petronas Gas (beli, FV: 19.39), yang menawarkan hasil dividen lumayan sebanyak 4.7% yang mungkin dinaikkan lagi disebabkan struktur modal optimum dan  pendapatannya stabil.

 

“Petronas Gas juga memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga memandangkan gas asli merupakan sumber bahan api yang lebih bersih dengan jejak karbon yang lebih rendah berbanding petroleum,” tambahnya. - DagangNews.com