Amazfit lancar siri jam tangan pintar Bip 3 bermula 15 Jun 2022 | DagangNews Skip to main content

Amazfit lancar siri jam tangan pintar Bip 3 bermula 15 Jun 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Jun - Jenama perkakasan boleh pakai pintar premium yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp), Amazfit bakal melancarkan secara besar-besaran jam tangan pintar Bip yang memenuhi keperluan gaya hidup aktif dan sihat.

 

Bip 3 akan dilancarkan secara dalam talian pada 15 Jun 2022, manakala Bip 3 Pro tersedia untuk pra-pesanan sehingga 25 Jun 2022, apabila ia dilancarkan secara dalam talian. 

 

Jam tangan pintar itu tersedia untuk tujuh hari pertama selepas pelancaran di platform Shopee, yang mana tiga hari pertama adalah eksklusif untuk kedai dalam talian perdana Amazfit di Shopee.

 

Dengan reka bentuk nipis dan ringan, jam tangan pintar ini dikuasakan sistem pengendalian Zepp OS dan memanfaatkan teknologi mengoptimumkan data besar untuk menyediakan keseluruhan rangkaian pengalaman sukan, kesihatan dan gaya hidup.

 

Pengarah SEA Amazfit, Jacob Jin berkata, jam tangan pintar dalam kategori harga AS$25 hingga AS$75 terus berkembang di seluruh dunia. 

 

"Siri Bip ialah satu daripada jam tangan pintar terlaris berharga antara AS$39 dan AS$49 dengan kelebihan dalam ID, saiz skrin dan ketahanan. 

 

"Bip dengan skrin paparan yang sangat besar membolehkan pemakai melihat lebih banyak lagi. Pemakai boleh menyesuaikan widget yang hendak ditunjukkan pada pilihan muka jam yang boleh diedit atau malah memuat naik foto kegemaran mereka ke muka jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

amaz

 

 

Siri Bip 3 didatangkan dengan skrin LCD 1.69", lebih 50 muka jam yang bertenaga, hayat bateri sehingga dua minggu, kalis air 5-ATM, lebih 60 mod sukan dan pemantauan kesihatan merangkumi pengukuran ketepuan oksigen darah, degupan jantung, tahap tekanan dan pemantauan tidur serta sistem penilaian kesihatan Perisikan Aktiviti Peribadi. Eksklusif untuk Bip 3 Pro ialah 5 Sistem Kedudukan Satelit.

 

 

amaz

 

 

amaz

 

 

Bip 3 didatangkan dalam warna hitam, biru dan merah jambu, berharga RM199 manakala Bip 3 Pro, yang didatangkan dalam warna hitam, krim atau merah jambu, berharga RM249. Bagi 100 pelanggan pertama yang menggunakan Bip 3, mereka akan menerima barangan Amazfit yang eksklusif.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jam tangan pintar siri Bip 3, sila ke www.amazfit.com/en atau platform rakan kongsi e-dagang Amazfit http://bit.ly/Amazfit-MY-SHOPEE. - DagangNews.com