Al-Rajhi Bank Malaysia taja program Asian Midday Market Watch di Biztech.Asia | DagangNews Skip to main content

Al-Rajhi Bank Malaysia taja program Asian Midday Market Watch di Biztech.Asia

KUALA LUMPUR 31 Mac - Al-Rajhi Bank Malaysia mengumumkan kerjasama dengan saluran televisyen dalam talian, Biztech.Asia untuk menaja program Asian Midday Market Watch.

 

Penajaan itu adalah sebagaian daripada pelaburan mereka bagi mencipta ruangan digital untuk menjadi bank inovasi Islam No.1  di Malaysia.

 

Menerusi inisiatif yang akan bermula 1 April 2022 itu, bank itu akan menaja 60 rancangan yang akan menampilkan penganalisis kewangan dari Asia Pasifik seperti Ketua Strategi dan Ekonomi Mizuho Bank, Vishnu Varatha; Penganalisis Kanan APAC, OANDA, Jeffery Halley dan Pengasas Smart Investor Singapore, David Kuo.

 

Rancangan itu akan disiarkan secara langsung daripada studio Biztech Asia bermula Isnin hingga Jumaat pada pukul 1 petang dan akan ditayangkan di media sosial Biztech dan Al-Rajhi Bank Malaysia. 
 

Sebagai tambahan, rancangan itu akan disiarkan secara langsung dari Al-Rajhi Bank Malaysia di Menara Hap Seng 3 bermula 15 hingga 30 April 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Rajhi Bank Malaysia, Arsalaan (Oz) Ahmed berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama denga Biztech Asia untuk memberikan maklumat mengenai pasaran kepada orang ramai di seluruh rantau ini.

 

oz
Arsalaan (Oz) Ahmed

 

"Menerusi kerjasama ini, kami menyasarkan untuk mengganggu pasaran kewangan dengan menjadi pencipta produk, penyedia penyelesaian dan maklumat tepat pada masanya yang akan membawa nilai kepada pelanggan dan perniagaan kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, penajaan itu menunjukkan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan pakar-pakar untuk menjadikan bank lebih dekat dengan pelanggan mereka menerusi inovasi platform digital dan memaparkan produk serta perkhidmatan selain meraih perniagaan baharu. - DagangNews.com