airasia ride kini tersedia di seluruh Malaysia dengan pelancaran di Sarawak | DagangNews Skip to main content

airasia ride kini tersedia di seluruh Malaysia dengan pelancaran di Sarawak

Datuk Dr. Jerip Susil melepaskan konvoi airasia ride pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Kompleks Mahkamah Lama, Kuching pada 27 Oktober 2022.

KUCHING 27 Okt - airasia ride, dilancarkan di Kuching, Sarawak hari ini, menjadikannya negeri terakhir dan airasia ride kini tersedia di seluruh Malaysia.

 

Pelancaran airasia ride di Kuching hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil dengan acara melepaskan konvoi airasia ride di Kompleks Mahkamah Lama di tengah-tengah bandar raya ini.

 

Turut hadir pada pelancaran hari ini ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu; Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, Lim Chiew Shan.

 

Sebagai tanda sokongan terhadap persada seni dan budaya tempatan, airasia ride telah bekerjasama dengan festival What About Kuching, acara pacuan komuniti selama sebulan di bulan Oktober ini yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

 

Dengan tambang istimewanya yang tiada tandingan untuk para pelanggan, pengguna baharu di Kuching boleh menikmati perjalanan secara percuma dengan mengguna kod promosi FREERIDE dari sekarang sehingga 29 Oktober apabila anda menempah airasia ride. Klik pada ikon ‘Ride’ di airasia Super App untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Datuk Dr Jerip Susil berkata, kerajaan mengucapkan tahniah kepada pasukan airasia Super App atas pelancaran airasia ride di Sarawak hari ini, dan pengembangan mereka yang menakjubkan ke seluruh Malaysia.

 

Katanya, AirAsia sentiasa menjadi pemain penting yang menyokong sektor pelancongan Sarawak sejak penubuhannya pada tahun 2001 dan terutamanya pasca pandemik, dan kerajaan negeri gembira untuk bekerjasama dengan pihak digital AirAsia – airasia Super App, untuk menyediakan pelancong dan penduduk tempatan dengan perkhidmatan yang lebih baik di jalan raya serta menyediakan belia Sarawak dengan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor e-panggilan.

 

Sementara itu, Lim Chiew Shan berkata, pihaknya gembira kerana perkhidmatan e-panggilan airasia ride, kini tersedia di setiap negeri di Malaysia dengan pelancaran di Sarawak hari ini.

 

"Kami berterima kasih atas sokongan kerajaan negeri Sarawak dan kami berharap untuk bukan sahaja menyediakan sambungan yang lebih baik di jalan raya untuk pelanggan kami, tetapi manfaat yang lebih baik untuk pemandu e-panggilan dengan program Pemandu Sepenuh Masa kami juga.

 

"Rakyat Sarawak, cuba kami hari ini dan kami berharap dapat berada di lebih banyak lokasi di seluruh Sarawak tidak lama lagi,” kata beliau.

 

Pemandu Sepenuh Masa akan memperoleh pendapatan asas bulanan sebanyak RM2,500 sehingga RM3,500 termasuk faedah bahan api, dan peluang untuk memperoleh jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan skim insentif pemandu tambahan.

 

Di samping itu, mereka juga menikmati suite penuh faedah pekerja Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan yang melindungi pasangan dan anak mereka, cuti tahunan, dan faedah perjalanan lain seperti kadar diskaun kakitangan yang banyak untuk penerbangan AirAsia.

 

Pemandu Sepenuh Masa juga akan diberi keutamaan tugasan kerja lapangan terbang untuk membolehkan mereka memperoleh pendapatan yang lebih daripada perkhidmatan jemput dan hantar lapangan terbang memandangkan permintaan perjalanan terus meningkat di seluruh rantau ini.

 

Kepada individu yang berminat untuk memandu dengan airasia ride boleh klik pada pautan di sini. - DagangNews.com