Adakah waktu kerja 4 hari seminggu norma seterusnya bagi dunia pekerjaan pasca pandemik? | DagangNews Skip to main content

Adakah waktu kerja 4 hari seminggu norma seterusnya bagi dunia pekerjaan pasca pandemik?

Oleh MELISSA NORMAN

IDEA pelaksanaan tempoh bekerja empat hari seminggu telah wujud sekian lama. Walaubagaimanapun, perkara ini telah mendapat perhatian semula baru-baru ini apabila berita mengenai pelaksanaan kajian tempoh bekerja yang terbesar di dunia melibatkan oleh 60 buah syarikat di United Kingdom pada Jun hingga Disember 2022.

 

Hasil kajian tersebut, rata-rata majikan yang terlibat dapat melihat tahap produktiviti syarikat tidak terjejas malah terdapat penambahbaikan terhadap kesejahteraan dan pengekalan pekerja.

 

Malah, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila lebih 90% syarikat yang mengambil bahagian dalam kajian ini memilih untuk meneruskan tempoh bekerja empat hari seminggu di mana 18 daripada syarikat yang terlibat dengan kajian ini memilih untuk mengekalkan tempoh bekerja empat hari seminggu.

 

Sesetengah daripada mereka menganggap kerja empat hari seminggu sebagai satu kelebihan untuk peningkatan produktiviti syarikat namun terdapat segelintir kalangan pengkritik berpendapat pelaksanaan ini tidak praktikal untuk beberapa sektor.

 

Dunia pekerjaan pasca pandemik kini mengutamakan peralihan fasa cara kerja yang fleksibel. Syarikat berdepan dengan cabaran untuk menentukan definisi persekitaran kerja fleksibel.

 

Selain tempoh kerja empat hari seminggu, kita juga telah diperkenalkan dengan konsep kerja jarak jauh (remote work), aturan kerja fleksibel, berkongsi tugasan dan ekonomi gig sebagai contoh.


 

parafrasa

 


Ada dalam kalangan mereka memuji kelebihan memendekkan waktu bekerja dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Ia merupakan kepelbagaian untuk disesuaikan mengikut cara yang boleh dilaksanakan oleh setiap syarikat.

 

Tiada penyelesaian sesuai yang mampu untuk mengikut kehendak semua organisasi kerana setiap darinya memiliki matlamat perniagaan, cabaran dan keperluan bagi setiap kakitangan.

 

Walaubagaimanapun, apa yang pasti adalah organisasi perlu menawarkan fleksibiliti kepada pekerja bagi melihat bagaimana cara mereka bekerja untuk terus kekal kompetitif.

 

Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan telah menunjukkan model waktu bekerja yang fleksibel digemari oleh kakitangan selepas pandemik.

 

Fleksibiliti memberi ruang kepada mereka untuk:

  • mempunyai susun atur tugasan yang lebih fleksibel,

  • majikan menarik minat dan mengekalkan bakat terbaik syarikat;

  • meningkatkan produktiviti dengan membenarkan kakitangan bekerja mengikut cara kerja yang bersesuaian dengan mereka;

  • mengalakkan amalan keseimbangan kerja dan kehidupan dengan membenarkan kakitangan menyusun jadual kerja mengikut komitmen peribadi yang secara logiknya mampu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kepuasan kerja.

 

Persoalannya kini, sekiranya organisasi bertanyakan apakan model kerja fleksibel yang bersesuaian untuk syarikat mereka, mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa cadangan bagaimana waktu kerja fleksibel ini dapat dilaksanakan:

 

• Kerja Jarak Jauh

Juga dikenali sebagai telekerja atau bekerja dari rumah (BDR), kerja jarak jauh telah menjadi begitu popular terutama ketika pandemik melanda negara dan ketika dunia melaksakan perintah berkurung. Penyesuaian ini membenarkan kakitangan bekerja daripada mana-mana lokasi diluar daripada persekitaran pejabat secara tradisinya.

Pelaksanaan ini mempunyai banyak kelebihan seperti peningkatan produktiviti, mengurangkan tekanan perjalananan ke tempat kerja dan kadar fleksibiliti yang tinggi dalam penyusunan jadual.

Antara cabaran yang mungkin berlaku ialah sekiranya pekerja tidak memberi komitmen penuh ketika bekerja dari rumah melainkan terdapat satu sistem yang boleh memantau kesemua kakitangan kekal dalam talian sepanjang tempoh bekerja dari seluruh kawasan.


 

parafrasa

 


• Model Kerja Hibrid

Pasca pandemik, model kerja hibrid menjadi begitu terkenal dalam kalangan perniagaan kerana ia menggabungkan faedah bekerja jarak jauh dan membenarkan kakitangan bekerja dari rumah dan pejabat.

Model kerja ini akan dilihat lebih fleksibel dalam penyusunan jadual dan lokasi kerja disamping mengekalkan Kerjasama dan komunikasi secara peribadi.

 

• Empat Hari Kerja Seminggu

Tempoh singkat empat hari kerja seminggu merangkumi waktu kerja yang lebih lama untuk hari yang lebih pendek dimana kakitangan bekerja selama 4 hari 10 jam sehari berbanding 5 hari 8 jam sehari.

Ia mungkin tidak sesuai dilaksanakan untuk semua sektor dan adaptasi model kerja ini terhad dan berbeza mengikut negara dan industri.

 

• Waktu Bekerja Fleksi

Satu system dimana pekerja bekerja beberapa jumlah jam dalam tempoh masa yang tetap namun boleh mengubah masa mereka mula atau menamatkan pekerjaan.

Ini membolehkan pekerja membuat penjadualan kerja mengikut komitmen peribadi seperti tanggungjawab keluarga, temu janji doktor atau aktiviti peribadi yang lain.

 

• Perkongsian Tugasan

Melibatkan pembahagian satu jawatan sepenuh masa kepada dua pekerja sambilan (separuh masa) yang membolehkan keadaan lebih fleksibel dalam penjadualan dan Keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).

 

• Pekerjaan Bebas atau Pekerjaan Gig

Pekerjaan bebas melibatkan kerja secara bebas kepada beberapa jumlah pelanggan berdasarkan projek mengikut projek.

Dengan perubahan kepada persekitaran kerja, kerja gig telah menjadi semakin popular dalam kalangan individu yang inginkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta kesejahteraan mental. Walaubagaimanapun, pekerjaan gig memerlukan disiplin dan motivasi diri yang tinggi.


 

parafrasa

 


Kesimpulan

Aturan kerja fleksibel dalam dunia pekerjaan pasca pandemik akan kekal dilaksanakan kerana ia bersifat relevan. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh ditawarkan oleh majikan dimana ia boleh mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada pekerja malah juga kepada organisasi.

Paling utama ia tiada istilah ‘cara yang betul’ dalam pelaksanaannya. Secara dasarnya, ia bergantung kepada setiap organisasi memenuhi keperluan khusus tenaga kerja dan perniagaan mereka. - DagangNews.com

 

MELISSA NORMAN adalah Pengasas dan Pengarah Urusan Aisling Group