KUALA LUMPUR 1 Dis - Keuntungan bersih Able Global Berhad melonjak dua kali ganda kepada RM16.2 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023 (3QFY23) berbanding RM8.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan kumpulan pada suku dalam tinjauan meningkat 27% kepad RM176.8 juta daripada RM139 juta tahun lalu, sementara pendapatan sesahamnya (EPS) bernilai 5.27 sen berbanding 2.71 sen sebelumnya.
Dalam satu kenyataan media, Able Global berkata pertumbuhan tersebut didorong oleh peningkatan jualan segmen makanan dan minuman (F&B) yang disokong kestabilan bahan mentah.
Able Global mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 2 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, segmen F&B kumpulan itu mencatat peningkatan pendapatan kepada RM142.9 juta pada 3QFY23 daripada RM113 juta tahun lalu.
Keuntungan sebelum cukai segmen tersebut telah meningkat kepada RM15.93 juta berbanding RM8.89 juta.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 (9MFY23), keuntungan bersih kumpulan meningkat 35% kepada RM33.8 juta berbanding RM25 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Pendapatannya pula meningkat 13.5% kepada RM479 juta daripada RM422 juta tahun lalu.
"Melangkah ke depan, kami menjangkakan permintaan daripada segmen F&B kami tetap kekal sihat, disokong oleh harga bahan mentah yang kurang terapung.
"Selain itu, kumpulan akan berwaspada dan optimistik dari segi prospek yang tidak dijangkakan," katanya. - DagangNews.com







