40 mahasiswa UPM bantu pulih ekosistem menerusi penanaman 300 pokok bakau di Pulau Tuba | DagangNews Skip to main content

40 mahasiswa UPM bantu pulih ekosistem menerusi penanaman 300 pokok bakau di Pulau Tuba

Seramai 10 pelajar antarabangsa dari Korea Selatan, China, Filipina dan Pakistan turut menyertai program penanaman pokok bakau di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah baru-baru ini. 
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Nov - Seramai 40 pelajar Universiti Putra Malaysia melaksanakan inisiatif penanaman 300 anak pokok bakau melalui program Salam Desa Madani 4.0@Pulau Tuba, Langkawi, Kedah baru-baru ini. 

 

Program anjuran Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM itu melibatkan 30 pelajar tempatan dan 10 pelajar antarabangsa dari Korea Selatan, China, Filipina dan Pakistan.

 

Pengarah program tersebut, Mizatul Hanis Mohd Huzir berkata, penanaman pokok bakau akan memberi impak positif kepada alam sekitar melalui perlindungan pesisir pantai dan pengembangan ekosistem bakau. 

 

Katanya, sebanyak 300 anak pokok bakau disumbangkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bagi membantu memulihkan ekosistem di kawasan tersebut.

 

"Selain aktiviti penanaman pokok bakau, program Salam Desa Madani 4.0@Pulau Tuba turut menjalankan aktiviti bersama keluarga angkat, pembangunan sahsiah murid, pertanian tanpa cangkul dan slot motivasi kepada bersama belia KEDA," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

 

Sementara itu, seorang pelajar, Shen Zijun, 21, berkata, dia berasa gembira dan teruja merasai pengalaman baharu menanam pokok bakau di Malaysia.

 

 

upm

 

 

upm

 

 

Katanya, dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan pembangunan pantai yang semakin pesat, program penanaman pokok bakau adalah usaha berharga dalam memelihara persisiran pantai.

 

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya mahasiswa UPM mengenai kepentingan penjagaan kawasan paya bakau dan hutan untuk kesejahteraan hidup manusia, selain sebagai usaha menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. 

 

 

upm

 

 

Ia juga meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab mahasiswa UPM dalam memulihara hutan bakau sekali gus memberi pendedahan kepada mereka tentang kemahiran dalam mengatasi cabaran Sustainable Development Goals (SDG) ke-15 khususnya melibatkan hidupan darat. - DagangNews.com