Gambar komplekspknsshahalam
Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 30 April - Sebanyak RM421.1 juta telah disalurkan kepad 12,662 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan setakat 16 April.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Laporan Laksana Ke-51 hari ini.
Sementara itu, di bawah pembiayaan sektor pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pula, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah menerima 644 permohonan bagi bantuan tersebut.

Ini disasarkan kepada PKS dan PKS mikro yang masih terkesan akibat COVID-19 dengan nilai peruntukan sebanyak RM1 bilion
“Setakat 16 April, terdapat 644 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 321 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta.
“Setakat 16 April, (sebanyak) RM65.3 juta telah disalurkan kepada 13,864 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi,” katanya.
Bagi pembiayaan PKS terutamanya perusahaan yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini, sebanyak 7,424 permohonan telah diluluskan dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.393 bilion setakat tempoh sama, ujar beliau lagi.
Di bawah bantuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion. - DagangNews.com








