Apa hasil lawatan Anwar ke China? soal Nanyang Siang Pao | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 1 April 2023

APA HASIL LAWATAN ANWAR KE CHINA?

Nanyang Siang Pao 30 Mac 2023

 

 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat lawatan rasmi pertamanya ke China selama empat hari dari 29 Mac hingga 1 April. Walaupun tiada jadual perjalanan terperinci diumumkan, Anwar pastinya akan meneruskan topik perbincangannya dengan bekas Menteri luar China, Wang Yi di Beijing pada 2018.

 

Tahun itu sebelum Anwar melawat China, Pakatan Harapan (PH) telah menjadi parti pemerintah pada Mei 2018. Manakala Tun Dr Mahathir pula berkhidmat sebagai perdana menteri buat kali kedua.


 

parafrasa

 


Walaupun beliau telah dipilih semula sebagai ahli Parlimen, namun tiada sebarang jawatan rasmi yang diberikan kepadanya. Situasi tersebut sangat janggal dan agak memalukan, apatah lagi apabila isterinya Datin Seri Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM), menjadikan Anwar seperti ‘orang terbiar’.

 

Walaupun Anwar tidak dapat mendamaikan dendam politiknya dengan Mahathir, tetapi dia masih tetap menunggu untuk menggantikan Mahathir. Namun, Mahathir lebih suka meletakkan jawatan daripada menyerahkannya secara suka rela.

 

Maka dari situlah bermulanya peristiwa besar ‘rampasan kuasa Sheraton’ yang berlaku pada tahun 2020. Hasilnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM dan Anwar dilihat semakin jauh dari kerusi tersebut.

 

Tiada siapa yang menjangkakan perubahan itu kerana pada asalnya, Muhyiddin dan Mahathir adalah pemimpin dari parti politik yang sama iaitu Bersatu. Tetapi Muhyiddin berpatah balik dan mengenepikan Mahathir demi kuasa. Pada masa itu, reputasi Anwar jatuh seketika.

 

Sebenarnya sama ada pada era Najib (2019 - 2018), Mahathir (2018 - 2020 kali kedua berkuasa), Muhyiddin (2020-2021) atau era Ismail Sabri (2021-2022), Anwar tidak pernah berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai hubungan antara ‘Inisiatif Belt and Road’ dan Malaysia, dan beliau hampir dianggap sebagai orang luar.


 

parafrasa

 


Jika melihat kepada kedudukan politik Anwar, beliau sepatutnya menjadi peserta dan perancang ‘Inisiatif Belt and Road’, kerana semasa Presiden China, Xi Jinping mencadangkan inisiatif tersebut pada tahun 2013, dan masa itu Anwar adalah Pengerusi Pakatan Rakyat (PR).

 

Pada tahun 2008, PR telah menguasai lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Perak. Namun, Perak hilang kuasa setahun kemudian akibat pergaduhan sesama ahli PH. Tahun itu, kerusi parlimen PR melonjak kepada 82 kerusi, mengecilkan jurang kerusi Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 140 kerusi.

 

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, PR yang dipimpin Anwar hanya menguasai tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Manakala bilangan kerusi juga Parlimen juga meningkat kepada 89, sementara BN masih mempunyai 133 kerusi untuk mempertahankan kerajaan pusat.

 

Dalam situasi tersebut, Najib yang mewakili kerajaan pusat telah menandatangani beberapa projek besar yang melibatkan ‘Belt and Road’.

 

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Panjang keseluruhan projek ECRL ialah 665 kilometer. Anggaran kos asal ialah RM85.9 bilion ringgit, tetapi selepas pelarasan, ia kurang RM11 bilion ringgit daripada harga asal.

 

Keretapi ini merentasi Terengganu dan Pahang dari jalan Kelantan Utara ke Pelabuhan Klang.


 

parafrasa

 


Walaupun Mahathir pernah menyeru untuk menghentikannya pada tahun 2018, beliau kemudiannya percaya bahawa landasan kereta api itu amat penting kepada penduduk pantai timur dan juga memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.

 

Khususnya, landasan kereta api itu disambungkan ke Pelabuhan Klang, maka Mahathir bersetuju untuk meneruskan pembinaan. Pada masa ini, kira-kira 45% kerja telah siap.

 

Projek prasarana saluran paip

Projek ini melibatkan dua projek utama iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk Petroluem (Multi-Product Pipeline, MPP) dan satu lagi projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (Trans-Sabah Gas Pipeline, TSGP).

 

Fasa pertama projek menelan belanja RM5.3 bilion, yang kedua menelan belanja RM4 bilion, berjumlah keseluruhan RM9.4 bilion. Dikatakan bahawa RM8.2 bilion telah dibayar (yang pertama RM4.7 bilion, dan yang kedua telah membayar RM3.5 bilion). Tetapi projek fasa pertama hanya siap 14% manakala kedua hanya 13%.

 

Kedua-dua projek ini melibatkan syarikat kontraktor China. Di manakah kesilapannya dan apakah kebenarannya? Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan dan kerana kesamaran tersebut, kedua-dua projek saluran paip ini sudah tidak lagi diteruskan.

 

Sebaliknya, China dan Myanmar menandatangani perjanjian pada 2017 untuk mengimport minyak dari Timur Tengah melalui Lautan Hindi dengan panjang keseluruhannya ialah 2,806 kilometer. Antaranya terdapat saluran paip minyak yang menghubungkan sempadan China-Myanmar.

 

Projek tersebut bermula 2011, terbahagi kepada saluran paip petroleum dan paip gas. Oleh kerana Myanmar sendiri juga kaya dengan petroleum dan gas, projek ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada Selat Melaka.


 

parafrasa

 


Oleh kerana terdapat 100,000 kapal tangki minyak melalui Selat Melaka setiap tahun dan 60,000 antaranya adalah kapal milik China. Maka China perlu mencari saluran lain iaitu inisiatif China-Myamar, bagi menggantikan Terusan Segenting Kra (Kra Isthmus) di Thailand, yang tidak dapat memulakan pembinaan.

 

Pembukaan saluran paip China-Myanmar, akan mengurangkan China mengimport minyak mentah melalui Selat Melaka. Jadi, Malaysia, Singapura dan Indonesia perlu merenung kedudukan dan peranan Selat Melaka, apabila kesibukan laluan tersebut kini sudah diambil alih oleh saluran paip China-Myanmar.

 

Apakah yang akan berlaku kepada Selat Melaka? Bagaimana dengan Singapura? Apakah tindak balas Malaysia dan Indonesia? Ini adalah isu-isu besar yang perlu Anwar hadapi dan bincang.

 

Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR)

Di samping itu, Najib juga telah menandatangani perjanjian dua hala dengan Singapura pada 2016 untuk melancarkan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR).

 

Mengikut rancangan asal, rel ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Pembinaan bermula pada 2018 dan dijangka siap serta dibuka untuk kegunaan sebelum 2026. Panjang keseluruhan adalah 350 kilometer, di mana 15 kilometer adalah terowong bawah tanah di bahagian Singapura manakala selebihnya di bahagian Malaysia.

 

Sebuah kereta api mempunyai 10 gerabak dan setiapnya boleh memuatkan 100 penumpang. Anggaran awal kos kira-kira RM75 bilion. Ia juga dianggap sebagai sebahagian daripada projek landasan Kereta Api Trans-Asia antara Singapura dan Kunming, China, salah satu susun atur strategi ‘One Belt One Road’.


 

parafrasa

 


Malangnya, projek besar yang sepatutnya dimulakan pada 2018 telah dihentikan oleh Mahathir selepas Najib kehilangan kuasa. Selain beranggapan negara tidak mampu, Mahathir juga mengesyaki beberapa projek tersebut bermasalah.

 

Jika Malaysia mahu mengembangkan pertukaran ekonomi dan perdagangan dengan Asia Tenggara, China dan juga negara Eropah melalui kereta api berkelajuan tinggi, lebih banyak pinjaman yang akan diperlukan.

 

Kali ini dengan lawatan Anwar, adakah China akan menggalakkan semula pembinaan HSR bagi menebus kekurangan dalam projek Kereta Api Trans-Asia? - DagangNews.com

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar Nanyang Siang Pao 30 Mac 2023, dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags