Boleh tak buat perancangan harta menerusi Video Call? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 24 May 2021
WasiyyahShoppe

Boleh tak buat perancangan harta menerusi Video Call?

 

 

SOALAN ini ditanya kepada saya di tengah-tengah keributan kenaikan kes  pandemik COVID-19 yang menakutkan kebelakangan ini. Ada yang bertanya kepada saya, perlu guna perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad juga ke jika mereka nak buat perancangan harta seperti hibah? Boleh tak mereka buat sendiri hibah melalui video call saja? Nak guna perkhidmatan kami lambat dan leceh katanya.

 

Ada yang bercerita dengan saya apabila mereka disahkan positif COVID-19, dalam keadaan terkurung di pusat kuarantin atau terlantar di hospital, mereka kelam-kabut meninggalkan pelbagai pesanan pembahagian harta melalui video call dengan waris-waris yang dirakam.

 

Saya faham situasi itu memang akan menjadi sangat emosional dan semua pihak baik pemilik harta mahupun waris-waris akan rasa sangat terdesak untuk berbuat sesuatu. Maklumlah COVID-19 boleh menyebabkan kematian berlaku pada bila-bila masa!

 

“Ayah berikan angah rumah ini. Along ambillah rumah itu. Untuk sayang, ambillah semua wang tunai dalam akaun abang.” Ini antara ayat yang ditanyakan kepada saya sama ada ia boleh berkuatkuasa atau tidak jika pesanan itu dibuat melalui video call. Dalam keadaan seperti ini, isu pokoknya ialah pesanan video call itu dikategorikan sebagai apa sama ada sebagai wasiat ataupun sebagai hibah?

 

Jawapannya ialah pesanan video call itu secara umumnya boleh berkuatkuasa tetapi atas sifat sebagai ‘wasiat’ kepada waris. Jika ia diklasifikasi begitu maka ia berbalik semula kepada hukum berwasiat kepada waris iaitu jika semua waris-waris yang berhak bersetuju dengannya, maka bolehlah ia  berkuatkuasa.

 

Sebaliknya jika ada waris yang tidak bersetuju, maka wasiat itu terbatal dan waris-waris mengikut hukum faraid berhak ke atas harta pusaka tersebut.

 

Mereka bertanya lagi, “ Itu bukan jadi hibah ke?”. Jawapannya ialah ia BUKAN HIBAH.

 

Kenapa bukan hibah? Kerana untuk ianya menjadi hibah, ia perlulah sempurna dari segi rukun dan syaratnya. Rukun hibah ialah harta yang dihibah, pemberi hibah, penerima hibah dan ijab qobul.

 

WasiyyahShoppe

 

Dalam pesanan video call semasa ayah terlantar di hospital tu atau terkurung di pusat kuarantin, adakah elemen ijab dan qobul wujud? Adakah ayah menyebut dengan jelas ijabnya, “Ayah dengan ini menghibahkan kamu rumah ini.” Dan anak yang menerima hibah pula menyebut dengan jelas qobulnya, “Saya menerima harta yang dihibah ini.” Kalau ada maka wujudlah ijab dan qobul iaitu salah satu dari rukun hibah.

 

Tetapi ia masih belum menyebabkan sesuatu transaksi itu menjadi hibah yagn `berkuatkuasa' kerana ia masih perlu memenuhi satu lagi syarat iaitu ‘al-qabd’. Al qabd bermakna pemberi hibah telah memberi ruang kepada penerima hibah untuk menguasai harta itu dan penerima hibah telah mengesahkan penguasannya terhadap harta yang dihibah.

 

Ulama tidak pernah memberikan definisi tepat bagaimana al qabd ini boleh berlaku. Ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan asalkan syaratnya dipenuhi. Berbeza dengan ijab qobul yang masih boleh dilaksanakan melalui video call, al qabd ini agak teknikal dan agak sukar dilaksanakan jika ia sekadar melalui video call sekiranya orang yang membuat video call itu tidak faham teknikalnya.

 

Apapun kuasa menentukan sesuatu akad itu hibah atau wasiat ataupun akad-akad yang lain, ialah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kita hanya boleh mencuba untuk sedaya upaya memenuhi semua rukun dan syarat mengikut pengetahuan kita.

 

Jadi berbalik semula kepada persoalan awal , iaitu bolehkah video call yang dibuat oleh pesakit Covid19 yang sedang terlantar di hospital bersama waris-warisnya itu dianggap sebagai hibah? Jawapannya ialah BOLEH sekiranya kesemua rukun dan syarat al qabd itu telah disempurnakan.

 

Namun anda perlu tanya diri sendiri persoalan ini. Adakah anda mempunyai pengetahuan teknikal yang baik untuk memastikan kesemua rukun dan syarat itu dipenuhi melalui video call bagi menjadikan ia hibah yang sah?

 

Di sinilah muncul peranan yang dimainkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Sejak 17 tahun lepas kami istiqomah menyeru umat Islam Malaysia untuk merancang harta selagi masih sihat dan berkesempatan. Kesemua peyempurnaan rukun dan syarat hibah yang dilaksanakan melalui Wasiyyah Shoppe Berhad adalah patuh sepenuhnya mengikut hukum syarak dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia.

 

WasiyyahShoppe

 

Takut risiko jangkatan COVID-19? Jangan bimbang, Wasiyyah Shoppe Berhad sudah pun melaksanakan akad hibah atas talian semenjak PKP 1.0 lagi. Pemberi dan Penerima Hibah boleh berada di mana-mana lokasipun seluruh dunia, akad hibah tetap boleh disempurnakan. Kita tidak perlu bersemuka.  

 

Al qabd juga boleh disempurnakan melalui kaedah ini. Kesemua prosedur yang kami sediakan ini pula telah diteliti secara terperinci oleh Panel Syariah kami yang berkepakaran di dalam urusan fiqh mawarith.

 

Leceh dan lambat urusan hibah melalui Wasiyyah Shoppe Berhad? Tidak betul. Melalui prosedur akad hibah atas talian kami, urusan hibah ini bukan sahaja cepat dan mudah, tetapi lebih penting lagi ia patuh hukum syarak dan boleh berkuatkuasa mengikut undang-undang Malaysia. Kalau sekadar cepat tapi tak boleh berkuatkuasa apa maknanya, kan?

 

Masih ramai orang Islam di Malaysia merasakan nak buat hibah itu senang sekadar cukup memenuhi rukun sahaja. Jadi mereka merasakan boleh buat sendiri dengan mudah. Itu yang menyebabkan mereka rasa sekadar buat video call sendiri dah mencukupi.

 

Analoginya kereta kita rosak. Kita rasakan senang saja nak betulkan sendiri kerosakannya. Tak perlu ‘buang duit’ hantar kereta ke bengkel. Tapi risikonya ? Kereta kita mungkin akan rosak lebih teruk lagi selepas ini dan kita mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih banyak lagi. 

 

Wasiyyah Shoppe Berhad yang telah terlibat selama 17 tahun di dalam industri perancangan harta di Malaysia tahu bahawa ada banyak isu teknikal undang-undang berkaitan perancangan harta yang berbangkit dari masa ke semasa.

 

Kesemua isu teknikal undang-undang ini telah dibincangkan secara terperinci oleh Panel Syariah kami dan dikemaskini ke dalam prosedur pelaksanaan hibah kami dari masa ke semasa. Kenapa nak bersusah payah buat kerja ini? Kerana tanggungjawab kami ialah untuk memastikan perancangan harta yang dibuat pelanggan kami boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang dan hasrat pelanggan akan tercapai.

  

Jadi anda masih dengan pendirian nak menunggu terkena Covid-19, terkurung di pusat kuarantin atau terlantar di hospital baru nak buat video call perancangan harta dengan waris-waris?

 

Janganlah ambil risiko begitu. Kita tahu dalam keadaan pandemik sekarang, sesiapapun berkemungkinan terkena jangkitan dan berdepan risiko kematian. Rancanglah  harta anda hari ini ketika anda masih sihat dan tiada apa-apa halangan untuk membuatnya.

 

Buat perancangan harta secara atas talian melalui Wasiyyah Shoppe Berhad. Ia mudah, berkesan dan pelaksanaannya pun cepat. Jom.

        

ariffinsabirin
Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas & CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

 

ariffinsabirin

 

 

 

 

Portfolio Tags