Bila merancang harta, pilihlah syarikat amanah berintegriti tinggi | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 27 December 2023

BILA MERANCANG HARTA, PILIHLAH SYARIKAT AMANAH BERINTEGRITI TINGGI

 

  

SAYA baharu balik daripada Tokyo selepas bercuti hampir 10 hari bersama keluarga. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Jepun. Antara sebab saya ke sana selain daripada untuk bercuti ialah untuk mengetahui sendiri mengenai budaya kehidupan dan budaya bekerja orang Jepun.

 

Pemandu pelancong saya di Tokyo ialah rakyat Malaysia bekas graduan universiti di sana yang fasih berbahasa Jepun dan mahir dengan selok-belok Tokyo.

 

Dua hari pertama kami melawat tempat-tempat menarik di Tokyo dengan menaiki pengangkutan awam iaitu bas, tren dan mrt mereka. Banyak juga kami berjalan sehingga melebihi 20,000 langkah sehari.

 

Agak memeranjatkan juga kerana berat badan yang saya jangkakan akan naik kerana asyik makan sahaja sepanjang 10 hari, rupa-rupanya menyusut 3 kg sepanjang saya berada di Jepun!

 

 

wainuiomata

 

 

Saya kagum dengan ketepatan masa pengangkutan awam mereka dan disiplin rakyat Jepun apabila menggunakan perkhidmatan awam. Mereka beratur dengan tertib dan sangat bersopan terutamanya kepada orang tua, perempuan mengandung dan kanak-kanak.

 

Tempat duduk khas untuk golongan ini tidak diduduki walaupun gerabak penuh dengan penumpang. ‘Pace’ kehidupan mereka juga sangat laju. Kita akan dapat melihat mereka  berlari-lari anak atau berjalan dengan laju ke destinasi mereka. Segala-galanya amat laju dan pantas.

 

Walaupun dengan segala kemodenan dan kemajuan mereka, saya diberitahu bahawa salah satu daripada nilai yang dipegang erat oleh mereka ialah integriti atau maruah.

 

Sekiranya ada pemimpin mereka yang terpalit dengan apa-apa skandal, mereka akan cepat memohon maaf dan meletakkan jawatan. Mereka juga akan berakauntabiliti penuh dengan akibat dari tindakan mereka.

 

Saya rasa ini nilai positif yang masih kurang dalam kalangan rakyat Malaysia dan kita boleh mencontohi Jepun untuk aspek ini.

 

Sangat biasa untuk kita lihat pemimpin baik politik mahupun organisasi di Malaysia, apabila mereka melakukan kesalahan seperti penyelewengan, mencuri dana awam, rasuah atau penyalahgunaan kuasa, mereka  dengan muka tebal dan tidak malu, bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 

Mereka bukan sahaja berlagak seperti tiada apa berlaku, malah lebih teruk lagi mencari jalan secara tidak sah dan tidak bermaruah, cuba melepaskan diri daripada berakauntabilit terhadap tindakan mereka.

 

 

wainuiomata

 

 

Lebih buruk lagi, mereka ini menyalahkan orang lain pula di atas kesalahan yang mereka buat seolah-olahnya orang lainlah yang menyebabkan mereka terpaksa menyeleweng, menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa atau mencuri. Ini antara sebab yang saya dapat kenalpasti kenapa Malaysia sangat sukar untuk bersaing dengan Jepun. Dari segi kerosakan integriti dan maruah, Malaysia berada jauh di belakang Jepun.  

 

Nilai integriti itu sangat menebal di kalangan orang Jepun walaupun mereka bukan beragama Islam. Maka benarlah kata sesetengah orang bahawa orang Jepun itu dari segi menjaga maruah, integriti dan harga dirinya jauh lebih baik daripada orang Islam sendiri.

 

Kalau zaman dahulu di Jepun ada budaya hara-kiri iaitu membunuh diri dengan memotong perut sendiri apabila mereka merasakan maruah mereka telah tercalar.

 

Bab kebersihan jangan cakaplah. Orang Jepun memang dalam kelas tersendiri dari segi menjaga kebersihan. Banyak negara yang telah saya pergi seluruh dunia. Saya tidak pernah jumpa masyarakat yang sangat berdisiplin dari segi menjaga kebersihan. Sepanjang 10 hari di sana, saya tidak melihat walaupun sepuntung rokok di jalanan. Jauh sekali sampah-sampah biasa.

 

 

parafrasa

 

 

Jangan salah faham dengan artikel saya minggu ini. Saya bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa semua nilai orang Jepun itu bagus. Ada juga yang negatifnya. Namun untuk kita maju ke hadapan, kita ambillah nilai yang positif daripada mereka. Di dalam penulisan saya ini, saya fokus kepada nilai integriti yang tinggi.

 

Prinsip Integriti

Di dalam kita merancang harta seperti membuat hibah, wasiat, harta sepencarian, amanah ataupun mencari organisasi yang akan menguruskan harta pusaka bila kita mati kelak, carilah Syarikat amanah yang berpegang kepada prinsip integriti dan ketelusan yang baik.

 

Wasiyyah Shoppe Berhad beroperasi mengikut tahap tadbirurus korporat sebaik Syarikat senaraian awam ( public listed company ). Kami berpegang kuat kepada prinsip integriti yang mana semua fungsi di Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai elemen semak dan imbang yang baik.

 

Tiada sesiapapun di Wasiyyah Shoppe Berhad termasuk saya sendiri sebagai pengasas, Lembaga pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, mempunyai kuasa mutlak untuk menggunakan kuasa sewenang-wenanganya.

 

 

iktisad

 

 

Lembaga Pengarah kami seramai 8 orang yang terdiri daripada tokoh perbankan Islam, tokoh korporat berpengalaman, tokoh perundangan, pakar ekonomi, peguam korporat dan akauntan bertauliah, secara muafakat telah bersetuju mengikat diri mereka dengan had kuasa (limit of authority) seperti yang termaktub kepada Lembaga pengarah Syarikat senaraian awam.

 

Lembaga Pengarah ini berfungsi secara bebas mengikut tanggungjawab mereka di dalam Akta Syarikat 2016, Kod Tadbiur Urus Malaysia (MCCG), Akta Syarikat Amanah 1949 dan amalan terbaik tadbir urus korporat (best practice governance). Semua operasi kami diaudit secara terperinci.

 

Lembaga Pengarah juga bebas  membuat teguran dan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang berkaitan dengan Syarikat termasuklah ke atas diri saya sendiri yang merupakan pengasas kepada Syarikat.

 

Semua standard operasi ini dipaparkan secara telus di dalam laman web kami dan boleh diakses oleh masyarakat awam. Malah kami juga memaparkan prestasi kewangan tahunan kami di laman web yang boleh juga dilihat oleh masyarakat awam. Tiada satupun Syarikat amanah lain di Malaysia mempunyai tahap ketelusan seperti ini.      

 

Kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad bersusah-payah melalui semua proses yang memakan belanja yang banyak dan melecehkan ini  tapi dalam masa yang sama mengehadkan pula kuasa saya sebagai pengasas?

 

Bukankah sebagai orang yang telah bergolok-bergadai, telah berkorban segala-galanya dan telah berjuang selama puluhan tahun untuk membangunkan Syarikat, saya berhak untuk menikmati manfaat daripada Syarikat sesuka hati saya ? Kenapa saya mesti susahkan diri sendiri?

 

Ini soalan yang paling banyak ditanya oleh kawan-kawan. Mereka tidak faham kenapa seorang usahawan seperti saya sanggup mengorbankan kepentingan sendiri semata-mata kerana ingin menegakkan tadbirurus korporat terbaik?

 

Jawapan saya ialah Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Syarikat amanah bertanggungjawab memegang amanah yang diberikan oleh masyarakat dalam pengurusan harta mereka. Ia bukan Syarikat sdn bhd biasa yang mana pemiliknya bebas untuk membuat apa sahaja sesuka hati mereka. Syarikat ini tidak dibangunkan untuk mengkayakan atau memberi manfaat.

 

 

wasiyyah

 

 

Hampir 90,000 orang Islam telah meletakkan kepercayaan kepada Wasiyyah Shoppe Berhad untuk bertindak secara profesional dan jujur selaras dengan peruntukan Akta Syarikat Amanah 1949.

 

Kerana itulah kepentingan saya sebagai pengasas tidak penting. Kepentingan saya pada ketika ini ialah untuk memastikan Wasiyyah Shoppe Berhad menjalankan semua amanah yang diberikan dengan jujur, tepat, amanah dan dengan penuh integriti.

 

Syarikat amanah tanpa tahap tadbirurus korporat atau integriti yang baik tidak akan mampu untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil.

 

Jadi jika anda ingin memilih Syarikat amanah untuk menguruskan harta pusaka anda selepas anda tiada kelak, carilah Syarikat amanah dengan integriti dan tadbirurus korporat yang terbaik.

 

Kenapa? Kerana anda mahu pastikan waris-waris anda akan menerima manfaat daripada tindakan anda merancang harta hari ini.

 

 

ariffin sabirin
ARIFFIN SABIRIN adalah Pengasas dan CEO Kumpulan Wasiyyah Shoppe Bhd

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

dagangnews

 

 

Portfolio Tags