IMF turunkan unjuran KDNK Malaysia 2025 kepada 4.1% berikutan isu kelembapan serantau
KUALA LUMPUR 23 April - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia pada 2025 kepada 4.1 peratus berbanding 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan yang lebih luas di seluruh rantau ASEAN.






