Pemimpin pelbagai sektor bakal berhimpun di The Hasanah Forum 2025 membincangkan rumusan segera demi ketahanan negara
KUALA LUMPUR 25 Julai - Edisi ketiga The Hasanah Forum 2025 (THF2025) bakal berlangsung pada 14 dan 15 Ogos ini, menghimpunkan lebih 500 pemimpin dan penggerak perubahan dari seluruh negara bagi membincangkan pendekatan baharu ke arah ketahanan nasional.




