42 projek tenaga hijau 331MW bernilai RM4.3 bilion diluluskan di bawah bidaan terbaharu FiT
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kerajaan meluluskan 42 projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti eksport bersih keseluruhan 331 megawatt (MW) yang dijangka menarik pelaburan bernilai RM4.3 bilion menerusi pusingan bidaan terbaharu program Tarif Galakan (FiT).






