Projek prasarana, pusat data sehingga RM14 bilion bakal pacu sektor pembinaan pada separuh kedua 2026
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Sektor pembinaan Malaysia dijangka menyaksikan aliran kontrak lebih kukuh pada separuh kedua 2026, disokong pelaburan pusat data yang mencatat rekod serta potensi penganugerahan projek infrastruktur awam bernilai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion.





