Barakah tarik balik saman terhadap Petronas serta pengurusan kanan
KUALA LUMPUR 9 Mei - Barakah Offshore Petroleum Bhd memutuskan untuk menghentikan tindakan undang-undangnya terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana menggantung lesen unit milik penuhnya untuk membida projek baharu daripada syarikat minyak nasional itu pada 2019.






