Klasifikasi kes agensi tipu jemaah haji sebagai jenayah berat, jatuhkan hukuman penjara - MATTA
KUALA LUMPUR 11 Julai - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mencadangkan pihak berkuasa menjadikan kes penipuan agensi pelancongan jemaah haji sebagai jenayah berat dengan menjatuhkan hukuman penjara bagi membanteras penipuan seumpamanya.






