Pengasas KYM Holdings bersara, pengerusi dan empat pengarah juga menamatkan perkhidmatan
KUALA LUMPUR 6 Julai - KYM Holdings Bhd mengumumkan persaraan pengasasnya Datuk Lim Kheng Yew manakala pengerusi eksekutif Datuk Seri Isahak Yeop Mohamad Shar dan empat pengarah menamatkan perkhidmatan mereka daripada lembaga pengarahnya.






