4 hala tuju baharu sektor pertanian 2021-2025 | DagangNews.com Skip to main content

4 hala tuju baharu sektor pertanian 2021-2025

sektor pertanian

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengenalpasti beberapa haja tuju baharu yang akan menerajui sektor pertanian termasuk industri padi, tanaman, ternakan dan perikanan negara.

 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, hala tuju berkenaan adalah dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk tempoh lima tahun akan datang iaitu 2021 hingga 2025.

 

"Hala tuju tersebut adalah usaha untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL), eksport pertanian, pendapatan petani dan sumbangan sektor pertanian tertamanya agromakanan kepada ekonomi Malaysia," jelasnya.

 

Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

 

Berikut adalah hala tuju baharu yang digariskan oleh MAFI;

 

  1. Mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan aplikasi teknologi moden dan membangunkan varieti yang berkualiti bagi industri padi.
  2. Membangunkan komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan yang bernilai tinggi untuk tujuan domestik dan eksport bagi industri tanaman.
  3. Meningkatkan pengeluaran daging dan susu melalui penubuhan Lembaga Ruminan Negara bagi industri ternakan.
  4. Memperkukuh pengurusan dan penguatkuasaan serta menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi industri perikanan. 

 

Hala tuju baharu itu dinyatakan sebagai jawapan kepada soalan Datuk Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini.

 

Mohd. Salim Sharif
Mohd. Salim Sharif

 

Mohd. Salim meminta beliau menyatakan hala tuju baharu bagi mentransformasikan sektor pertanian negara agar dapat meningkatkan tahap sara diri (SSL), seterusnya menjadi pengeksport keluaran pertanian terbesar di peringkat global.

 

Mengulas lanjut berkaitan hala tuju berkenaan, beliau memberitahu, hala tuju tersebut akan disokong oleh teknologi, kewangan dan sumber tenaga manusia bagi mengukuhkan rantaian nilai sektor agromakanan untuk meningkatkan SSL negara khususnya bagi beras (75%), sayur-sayuran (70%) dan daging (50%) menjelang tahun 2025.

 

"Usaha yang berterusan sentiasa dilaksanakan bagi memperkukuhkan negara sebagai pengeksport utama agromakanan yang kompetitif di peringkat antarabangsa," tambah beliau lagi. - DagangNews.com