Kerajaan disarankan wujud sistem pembelian online atasi masalah nombor plat tidak terjual, Parlimen diberitahu
KUALA LUMPUR 7 Okt – Kerajaan disaran supaya mewujudkan satu sistem dalam talian bagi membolehkan orang ramai membida nombor plat kenderaan yang tidak terjual kerana kelemahan dalam sistem sedia ada menyebabkan kerajaan kehilangan hasil berjuta ringgit.






