Mudah Healthtech perkenal Kiosk Sihat Xpress di Sandakan, sasar 1 juta penduduk luar bandar lakukan pengesanan awal penyakit
KUALA LUMPUR 8 Mei – Mudah Healthtech menyasarkan untuk memberi manfaat kepada satu juta rakyat Malaysia khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi pelancaran Kiosk Sihat Xpress sebagai platform akses kepada penjagaan kesihatan di negara ini.






