Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan dilantik sebagai Pengerusi baharu Standard Chartered Malaysia dan Saadiq
KUALA LUMPUR 31 Julai – Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan Standard Chartered Saadiq Bhd mengumumkan pelantikan tokoh korporat berpengalaman, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengerusi baharu kedua-dua entiti berkuat kuasa 2 Ogos ini.






