Untung bersih Batu Kawan meningkat 38% kepada RM1.05 bilion pada FY2025
KUALA LUMPUR 31 Dis – Batu Kawan Berhad (BKB) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.05 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2025, meningkat 38% berbanding RM758 juta pada tahun sebelumnya.






