Bekas pengendali Menara KL saman LSH Capital dan kerajaan, cabar anugerah konsesi
KUALA LUMPUR 28 Mac - Bekas pengendali Menara Kuala Lumpur memfailkan saman terhadap anak syarikat Lim Seong Hai Capital Berhad dan kerajaan Malaysia, bagi mencabar pemberian konsesi kepada LSH Service Master Sdn Bhd.






