Panda Eco raih premium 81% pada 29 sen sesaham, berbanding 16 sen harga IPO
KUALA LUMPUR 27 Nov - Panda Eco System Bhd, penyedia penyelesaian pengurusan runcit tempatan, memulakan penyenaraian sahamnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini dengan mencatat premium 81 peratus kepada harga tawaran awam permulaannya sebanyak 16 sen sesaham.






