SP Setia jual tanah di Semenyih berharga RM392 juta kepada tiga syarikat termasuk Mah Sing
KUALA LUMPUR 6 Ogos - S P Setia Berhad mengumumkan penjualan tanah seluas 202.34 hektar (500 ekar) di Glengowrie, Semenyih, berharga RM392 juta telah diselesaikan, dan akan membolehkan syarikat itu memperuntukkan semula sumber kepada projek penting dan mengurangkan hutang.






