Subsidiari Terengganu Inc, GPQ peroleh kontrak pembangunan Quran Village bernilai RM78.38 juta di Putrajaya
KUALA TERENGGANU 21 Jan - GPQ Sdn. Bhd, anak syarikat Terengganu Inc memperoleh kontrak projek mega pembangunan Quran Village bernilai RM78.38 juta untuk membina masjid kariah dan pelbagai infrastruktur lain di kawasan seluas 2.83 hektar di Presint 14, Putrajaya.






