KUALA LUMPUR 3 April - Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut, kata penolong gabenor Fraziali Ismail.
KUALA LUMPUR 3 April - Pemaju hartanah Radium Development Bhd menandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
KUALA LUMPUR 3 April - Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayner Teo.
KUALA LUMPUR 3 April - Unit Ranhill Utilities Bhd iaitu Ranhill Capital Sdn Bhd (RCSB) telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) bahawa konsortiumnya dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) memenangi bidaan untuk loji kuasa 100MW di Pantai Barat Sabah.
KUALA LUMPUR 3 April - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menggesa Perdana Menteri membuat perubahan menyeluruh terhadap pengurusan kanan Bank Negara bagi membuktikan komitmennya untuk memerangi rasuah sistemik.