Data inflasi Malaysia bakal diumum minggu ini menyebabkan pelabur terus berhati-hati
KUALA LUMPUR 19 Jun - Bacaan inflasi Malaysia akan menjadi tumpuan sepanjang minggu ini, memastikan pelabur mengambil sikap berhati-hati walaupun keyakinan semakin tinggi berikutan tindakan Amerika Syarikat menghentikan sementara kenaikan kadar faedahnya.






