Ecomate selesai pindah penyenaraian ke Pasaran Utama Bursa Malaysia, rancang bina kilang baharu
KUALA LUMPUR 7 Julai - Ecomate Holdings Bhd, yang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities hari ini, merancang untuk memulakan pembinaan kemudahan baharu, Kilang C, di Muar Furniture Park pada suku keempat 2023 (Q4 2023).






