Cahya Mata Sarawak catat rugi RM11.32 juta pada Q2 akibat tukaran mata wang asing
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Cahya Mata Sarawak Bhd mencatat kerugian bersih RM11.32 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (2QFY2025), berbanding keuntungan bersih RM33.37 juta pada tahun sebelumnya, disebabkan penyusutan tukaran mata wang asing.






