Keuntungan taja jamin syarikat insurans am melonjak 32% pada separuh pertama 2025, premium naik 4% - PIAM
KUALA LUMPUR 8 Okt – Industri insurans am Malaysia mencatat peningkatan 32% tahun ke tahun dalam keuntungan penajajaminan bagi separuh pertama tahun ini, didorong oleh pertumbuhan premium yang kukuh serta disiplin taja jamin yang lebih baik.





