LITRAK , SPRINT, KESAS, & SMART terima tawaran bersyarat daripada Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad
KUALA LUMPUR 19 April - Gamuda Bhd mengumumkan bahawa empat syarikat pegangan konsesi, masing-masing secara berasingan telah menerima surat tawaran bersyarat untuk cadangan pelupusan semua sekuriti kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) dan penyampaian penerimaan bertulis.






