MMAG jual aset di Glenmarie kepada KGW Logistics RM20.2 juta
KUALA LUMPUR 6 Julai - MMAG Holdings Bhd menjual tanah seluas 4,777 meter persegi bersama sebuah gudang dua tingkat dan bangunan pejabat tiga tingkat di atasnya dengan harga tunai RM20.2 juta kepada KGW Logistics (M) Sdn Bhd.






