Pendaftaran ahli baharu KWSP naik kepada 146,000 pada suku pertama 2022 - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 12 Julai - Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57% kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.






