Permintaan domestik, terlindung daripada kejutan global untuk pacu prospek ekonomi Malaysia - Manulife
KUALA LUMPUR 12 Julai - Ekonomi Malaysia mempunyai prospek positif kerana didorong oleh permintaan domestik dan terlindung daripada kejutan global yang berterusan, menurut pegawai pelaburan syarikat insurans dan perancangan kewangan global, Manulife.






