Metronic jangka jana perolehan kasar RM100 juta menerusi penerokaan IoT
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Metronic Global Bhd menjangka menjana perolehan kasar sebanyak RM100 juta dalam tempoh lima tahun daripada penerokaannya ke Internet Benda (IoT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Metronic Integrated System Sdn Bhd (MISSB).






