Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Baleh Hydro cabar MOF tolak elaun cukai pelaburan RM10.9 bilion
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Ogos membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Baleh Hydro Power Generation Sdn Bhd untuk mencabar keputusan Kementerian Kewangan (MOF) yang menolak tuntutan elaun cukai pelaburan sebanyak RM10.9 bilion.






