Matrix Concepts catat kenaikan hasil 48% kepada RM47 juta, didorong jualan Sendayan Developments
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Keuntungan bersih Matrix Concepts Holdings Bhd meningkat 48.4 peratus kepada RM47.04 juta pada suku pertama (Q1) berakhir 30 Jun 2022 daripada RM31.69 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.






