Autocount dibuka RM1.09 sesaham, lebih tiga kali ganda daripada harga IPO
KUALA LUMPUR 9 Mei - Autocount Dotcom Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada RM1.09 sesaham, mewakili premium 76 sen atau peningkatan 230.3% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO)nya sebanyak 33 sen sesaham.






