Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 12 April 2021

WasiyyahShoppe

SUAMI BERPOLIGAMI PERLU BIJAKSANA DAN BIJAKSINI

 

Bertemu kita lagi di dalam artikel minggu ini. Minggu ini saya akan ulas cerita suami yang berpoligami. Saya bertemu dengan seorang hamba Allah yang sedang berfikir untuk merancang harta mengikut kaedah syariah. Hamba Allah ini seorang usahawan yang beristeri dua.

 

Dia telah mendirikan rumahtangga bersama isteri pertama selama 35 tahun dan dikurniakan 3 orang anak lelaki yang semuanya telah dewasa dan bekerjaya. Anak sulungnya seorang jurutera di syarikat GLC, anak keduanya seorang peguam dan anak bongsunya yang berumur 26 tahun ialah lulusan perubatan  yang sedang melalui ‘housemanship’nya di sebuah hospital kerajaan.

 

Isteri keduanya pula ialah seorang eksekutif di sebuah bank yang berusia 28 tahun yang baru dinikahinya 3 tahun yang lepas. Bersama isteri kedua ini mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Dia kelihatan beria-ria menceritakan kepada saya kenapa dia bernikah semula pada usia 59 tahun dalam keadaan dia sudah mencapai segala cita-cita dan kemahuan hidupnya.

 

Memang dalam kerjaya saya sebagai perunding pewarisan ini, sangat biasa pelanggan bercerita hal-hal ‘dalam kain’ seperti ini. Untuk memahami latar belakang sesuatu kes dan memastikan kami boleh memberikan diagnos terbaik, kami perlu mendengar dengan teliti cerita mereka.

 

Perasaan seperti tidak dilayan dan tidak diberi perhatian oleh isteri pertama membuatkan dia terasa ‘kosong’ dan menyebabkan dia jatuh cinta dengan isteri kedua yang bertugas sebagai eksekutif bank yang menjaga akaunnya sebagai pelanggan ‘emas’.

 

Eksekutif bank itu dirasanya sangat mengambil berat tentangnya dan sangat ‘alert’ dengan segala keperluannya di samping bijak dan profesional. Terlintas juga di fikiran saya, “Memanglah kerja eksekutif bank tu menuntut supaya dia menjaga dengan baik pelanggan ‘emas’ ini .” Tapi saya ‘enggeh’kan sajalah ceritanya.  

 

WasiyyahShoppe

 

Saya biasa dengar suami-suami berumur meluahkan perasaan seperti ini. Isteri pertama sibuk dengan urusan melayan anak-anak dan cucu-cucu sehingga terlepas pandang keperluan suaminya yang masih ‘ganteng’ itu. Dibiarkan suaminya ‘keseorangan dalam keramaian’. Jadi para isteri di luar sana, silalah ‘alert’ dengan keperluan suami ya.

 

Berbalik kepada kes ini, hamba Allah ini pening kerana dia tidak tahu bagaimana dia ingin memperuntuk dan membahagikan hartanya. Dia ingin berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anaknya. Dia sayang isteri dan anak-anak dari perkahwinan pertama kerana merekalah cinta awalnya.
 

Tetapi dalam masa yang sama dia juga faham tanggungjawabnya juga berat untuk memperuntukkan harta yang secukupnya bagi isteri kedua dan anak mereka yang baru berumur 1 tahun itu. Anak itu akan memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana keperluan pendidikan, kebajikan, sara hidup dan perubatan anak itu masih banyak dan panjang sebelum dia sampai ke tahap boleh menampung kehidupannya sendiri.

 

Tetapi selalu terlintas di fikirannya, apa yang akan jadi sekiranya dia memperuntukkan harta yang banyak kepada isteri kedua untuk tujuan sara hidup anak bongsunya tetapi selepas kematiannya isteri kedua itu berkahwin semula dengan lelaki lain. Tidakkah suami baru isteri keduanya itu akan juga mempunyai akses kepada hartanya ?

 

Ada dua isu utama yang perlu dilihat di dalam kes ini. Isu pertama ialah isu bagaimana formula Pembahagian itu mahu dibuat. Hamba Allah ini ingin berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak.

 

Bagi suami yang berpoligami, keadilan Inilah yang sangat dituntut agama. Namun adil di sini bukanlah bermaksud membahagikan hartanya sama banyak dari segi nilai kepada semua isteri dan anak-anak. Adil di sini bermaksud memberikan keutamaan pada tempatnya.

 

Isteri kedua dengan anak yang masih kecil akan memerlukan lebih banyak peruntukan bagi menampung kehidupan mereka berbanding dengan isteri pertama dan anak-anaknya yang sudah dewasa dan mampu berdikari.

 

WasiyyahShoppe

 

Jadi saya mencadangkan kepada hamba Allah ini supaya hartanya yang bersifat tunai, peruntukkan lebih banyak kepada isteri kedua dan anaknya kerana mereka amat memerlukan tunai bagi memenuhi permintaan kehidupan.

 

Dari segi hartanah pula , saya cadangkan pula rumah banglo yang sedia diduduki oleh isteri pertama itu, hibahkan kepadanya. Kondominium yang diduduki oleh isteri kedua sekarang, hibahkan pula kepada isteri kedua itu. Sekurang-kurangnya kedua-dua isterinya sudah mempunyai hartanah untuk kediaman masing-masing dan hartanah peninggalannya tidak akan menjadi punca perbalahan.

 

Bagi mengelakkan risiko harta tunai yang diperuntukkan kepada isteri kedua disalahguna oleh bakal suami isteri kedua atau oleh isteri kedua sendiri, saya mencadangkan perkhidmatan pengamanahan Wasiyyah Shoppe Berhad digunakan.

 

Semua tunai itu boleh diserahkan kepada Wasiyyah Shoppe Berhad untuk dipegang secara amanah (hold on trust) bagi pihak benefisiari iaitu isteri kedua dan anak bongsunya.

 

Di dalam surat ikatan amanahnya, hamba Allah ini boleh mengarahkan supaya wang sara hidup bulanan diberikan kepada isteri kedua dan anak bongsunya mengikut kadar yang ditetapkannya. Boleh juga dimasukkan arahan lain seperti wang amanah itu digunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan, perubatan dan kebajikan anak bongsunya itu.

 

Sebagai syarikat amanah patuh syariah profesional, Wasiyyah Shoppe Berhad akan melaksanakan semua arahan yang telah ditetapkan hamba Allah ini. Kaedah pengamanahan ini akan mengelakkan risiko penyelewengan dilakukan oleh mana-mana pihak. Kepentingan isteri kedua dan anak bongsunya akan terpelihara.

 

Suami yang berpoligami kenalah bijak sana dan bijak sini dalam merancang harta. Tidak seperti kami, anda direzekikan dengan dua keluarga dan rezeki itu datang dengan tanggungjawab yang berat. Anda dituntut untuk berlaku adil kepada kedua-dua keluarga.

 

Keadilan ini bukan sahaja dari segi penggiliran bermalam sahaja malah ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah dari segi penghartaan. Saya tidak pandai untuk menyelesaikan kekusutan anda dari segi hubungan kekeluargaan tetapi dari segi penghartaan, Wasiyyah Shoppe Berhad berkepakaran untuk membantu. Mari ke Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

 

 

ariffinsabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah pengasas & CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

 

WasiyyahShoppe

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags