Samaiden raih kontrak EPCC bernilai RM98.15 juta | DagangNews Skip to main content

Samaiden raih kontrak EPCC bernilai RM98.15 juta

 

 


KUALA LUMPUR 16 Dis - Samaiden Group Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM98.15 juta bagi melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk membangunkan sistem solar fotovoltaik atas bumbung dengan kapasiti 39MWp di 6 tapak di Johor.

 

Ia menerima surat anugerah kontrak tersebut menerusi anak syarikat milik penuhnya, Samaiden Sdn. Bhd. daripada Ramatex Textiles Industrial Sdn. Bhd., menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

Katanya, tapak tersebut terletak di Lot 2946-2947 Jalan Kluang, Batu Pahat; Plo 230 Jalan Kluang, Sri Gading; Plo 236 Jalan Kluang Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat; Plo 236 Jalan Kluang, Batu Pahat; Plo 236 Jalan Kluang Kawasan Perindustrian Sri Gading dan Lot 2587 Jalan Kluang, Batu Pahat. 

 

"Kerja-kerja ini sepatutnya bermula selepas pelaksanaan surat anugerah dan siap dalam tempoh 8 bulan selepas pemilikan setiap tapak, secara tentatif menjelang suku ketiga 2022," katanya. 

 

Ramatex ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis pakaian untuk pasaran tempatan dan luar negara. 

 

Projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan sepanjang tempoh ia dilaksanakan. - DagangNews.com