Ramssol jalin kerjasama dengan Laiye, bangunkan tenaga kerja mahir AI-RPA | DagangNews Skip to main content

Ramssol jalin kerjasama dengan Laiye, bangunkan tenaga kerja mahir AI-RPA

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ramssol, Cllement Tan (kiri) dalam majlis menandatangani kerjasama strategik dengan Laiye yang diadakan hari ini secara maya.

 

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Ramssol Group Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rams Solution Sdn. Bhd. (RAMS) memeterai kerjasama strategik dengan Laiye sebagai rakan kongsi latihan yang pertama diiktiraf dalam teknologi automasi pintar di seluruh Asia Tenggara. 

 

Menerusi kerjasama ini, RAMS akan menerokai perniagan latihan automasi dengan menyediakan kemahiran latihan RPA untuk menyediakan golongan pencari kerja dan pekerja dengan pengetahuan proses automasi kecerdasan pintar robotik (AI-RPA) yang meluas, konsep dan kemampuan merancang, membangun dan mengurus. 

 

Latihan pertama bagi program ini akan dilancarkan di Malaysia diikuti negara lain di rantau ini.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ramssol, Cllement Tan berkata, dengan kerjasama itu, latihan pertama program ini akan bermula pada suku keempat tahun ini dan menyasarkan untuk melahirkan 200 tenaga profesional berkemahiran. 

 

Katanya, revolusi indusri 4.0 amat penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran tenaga kerja.

 

"Oleh itu, kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Laiye memandangkan ia dijangka memberi impak positif kepada prestasi kewangan kami.

 

"Pada masa sama, ia turut mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penyelesaian pengurusan sumber manusia termaju dan pakar teknologi di Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Pengurus Besar Asia Tenggara Laiye, Gary Saw berkata, pihaknya komited untuk membantu pencari kerja dan mereka yang mahu mengembangkan kerjaya baharu untuk kekal relevan dunia digital.

 

"Kami percay tenaga kerja berteraskan digital dan automasi pintar akan menjadi satu perkara penting dalam kehidupan selaagi para pekerja terus meningkatkan kemahiran mereka dalam RPA dan AI," jelasnya. 

 

Secara dasarnya, Laiye yang merupakan firma terkemuka dalam AI-RPA berkembang pesat di Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik, merentasi pelbagai sektor termasuk insurans, komunikasi, tenaga elektrik, kewangan, peruncitan, penjagaan kesihatan dan penyelesaian automasi. - DagangNews.com