Petua hilangkan stres semasa PKP | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 15 January 2021

Petua hilangkan stres semasa PKP

 

APAKAH kesinambungan harga diri dan ketabahan dalam menghadapi permasalahan semasa seperti Perintah Kawalan Pergerakan sekarang yang mengehadkan kebebasan anda?

 

Persoalan ini jelas menyatakan hubungan erat harga diri, ketabahan dan permasalahan semasa itu mesti ada. Pasti jelas dan diketahui bahawa hubungan harga diri, ketabahan dan permasalahan semasa itu adalah tindakan terperinci yang dilakukan oleh seorang individu.

 

Individu terlibat secara tidak langsung kepada pembentukan tahap kualiti peribadi, formula rancangan tindakan kualiti peribadi, mengambil tindakan dan pemantauan sebarang kemajuan. Kepentingan indikator tersebut telah menggariskan sekiranya gagal dipraktiskan dengan cara yang betul maka kegagalan dalam perlaksanaan sebarang tindakan untuk mencapai matlamat adalah tidak berjaya.

 

BACA DEWI : Mahu beri motivasi, fahami konsep motivasi. Bukan suka-suka hati

 

Bicara tentang kesinambungan harga diri dan ketabahan dalam menghadapi permasalahan dapat dirungkaikan bahawa kesinambungan harga diri, ketabahan dan permasalahan semasa amat penting dalam mempromosikan pencapaian kepada tahap yang lebih terbaik.

 

 

PKP

 

 

Harga Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri? harga diri dinyatakan sebagai satu penilaian diri sendiri yang mempunyai kesinambungan perlakuan positif dan negatif. Harga diri dirungkaikan sebagai satu penyataan kecekapan diri dan pengurusan diri sendiri.

 

Kecekapan diri ini menyatakan akan penghasilan daripada kesan keyakinan diri, kemampuan itu ada untuk mengatasi pelbagai jenis cabaran kehidupan.

 

Pemahaman tentang kewujudan harga diri dalam diri sendiri itu amat peting, tidak faham akan wujudnya harga diri ini bakal menjadikan individu itu gagal dalam melaksanakan apa juga tanggungjawab yang telah diberikan. Maka keputusan yang diputuskan bakal dikategorikan sebagai keputusan oleh individu yang tidak mempunyai harga diri.

 

Pelbagai dimensi dalam menggariskan harga diri ianya dapat dikaitkan kepada kesempurnaan keyakinan diri dan penyataan kemampuan diri. Pengalaman semasa yang ada dalam kehidupan individu juga akan membentuk penghasilan positif atau negatif, perbezaan dimensi harga diri tersebut seperti fizikal, prestasi tugas, dan hubungan interpersonal atau sosial juga bakal mempertontonkan kehebatan harga diri individu tersebut.

 

Melalui huraian dan pemakluman difinasi harga diri ini, pasti kita sudah mempunyai ilmu dan gambaran terhadap keperluan nilai kepimpinan di dalam satu pembentukan organisasi, keluarga dan sosial.

 

Nilai kepimpinan itu perlu mempunyai nilai harga diri yang tinggi, dan amanah.  Jelas pemahaman harga diri dapat memberitahu akan kewujudan nilai kualiti harga diri itu dalam kategori yang amanah atau tidak baik.

 

Harga diri mempunyai kaitan dengan tingkah laku produktif dimana ianya dapat menjadikan individu tersebut mempunya nilai diri yang lebih positif, sentiasa gembira, sihat dan lebih produktif dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

 

Personaliti dan kemampuan yang terbaik dapat memberi satu garispanduan bahawa individu tersebut adalah seorang yang lengkap dengan nilai harga diri yang baik. Cabaran dalam merealisasikan matlamat atau tujuan kehidupan, organisasi, masyarakat dan kepimipinan adalah nilai harga diri yang mana dijadikan landasan padu kepada keberhasilan capaian matlamat iaitu semangat dan cara mengunapakai dan memperkasakan nilai kuasa dan nilai amanah yang ada.

 

 

PKP

 

 

Nilai Harga Diri dan Kesejahteraan Psikologi

Bagaimana dengan nilai harga diri yang dikaitkan dengan kesejahteraan psikologi?

 

Penjelasan kesejahteraan psikologi secara intrinsic, bermotivasi, berkesan, sempurna dan berkualiti diperlukan dalam menyatakan realisasi nilai harga diri dan kesejahteraan psikologi.

 

Harga diri juga menggariskan dengan ketara akan fungsi individu itu sendiri. Kesejahteraan psikologi individu menggambarkan akan nilai harga diri individu itu sendiri, dapatkah satu keputusan atau perlaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan itu menjadi sumber rujukan sekiranya ianya adalah pengasilan jawapan atau perlaksanaan oleh indivdiu yang tidak mempunyai kesejahteraan psikologi dan gagal akan menilai harga diri sendiri.

 

Kesejahteraan psikologi yang rendah dan nilai harga diri yang kosong dapat dilihat dengan penampilan individu yang murung, kegelisahan, mudah marah tidak sabar, bersikap penceroboh dan kepuasan tahap hidup yang tidak bernilai, adakah individu sebegini dapat dijadikan sebagai individu yang baik untuk dijadikan panduan dan rujukan?

 

Tahap rendah nilai harga diri juga dikaitkan kepada sikap kenakalan iaitu sikap sambil lewa tidak bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang tidak bernilai dan rosak.

 

Huraian ini dapat dinyatakan nilai kepimpinan dalam diri individu ini sendiri negatif disebabkan nilai harga diri dan kesejahteraan psikologi yang sudah rosak dan gagal.

 

Pentingnya pemahaman nilai harga diri dan bagaimana cara menilai harga diri itu adalah bergantung keseluruhannya kepada nilai harga diri yang mana ianya dikaitkan dengan terperinci kepada nilai tingkah laku produktif, nilai amanah kepada prestasi kerja, nilai kepimpinan dalam diri, nilai hubungan interpersonal yang diamalkan dan kesejahteraan psikologi individu.

 

Keadaan semasa kini bakal menghasilkan satu persoalan adakah keberangkalian nilai harga diri individu rosak menyebabkan wujudnya ketidakfahaman akan pengamalan nilai harga diri dimana nilai harga diri yang dipraktiskan merupakan nilai harga diri yang rendah atau nilai harga diri yang keliru?

 

 

PKP

 

 

Nilai Harga Diri mempengaruhi keputusan isu semasa

Kesinambungan harga diri dan permasalahan semasa adalah satu situasi menjadikan keputusan lebih berkesan kepada pembentukan permasalahan isu semasa. Pementukan isu semasa itu berlaku dalam arena kemasyarakatan, sosial, ekonomi, budaya, bahasa dan pendidikan.

 

Contoh isu semasa di dalam kemasyarakatan iaitu perpaduan dan kesejahteraan hubungan kemasyarakatan. Bagaimana perpaduan dan kesejahteraan perhubungan di dalam masyarakat itu wujud dan dipraktiskan sekiranya majoriti kumpulan individu tersebut tidak mempunyai nilai harga diri yang jujur dan amanah.  Masyarakat hendaklah faham akan kewujudan nilai harga diri, kerana nilai harga diri ini amat penting dalam kewujudan kerjasama, tolak ansur dan perpaduan didalam bermasyarakat.

 

Isu sosial yang tidak pernah tamat, sebagai contoh isu sosial tersebut ialah penyalahgunaan Dadah, penyakit jangkitan kelamin HIV dan AIDS, keganasan rumahtangga dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita. Contoh isu sosial yang tidak pernah tamat ini amat jelas dinyatakan akan ketandusan nilai harga diri.

 

Nilai harga diri individu yang terjebak kepada isu sosial ini rosak dan terlalu sukar untuk diselesaikan. Apabila dirungkaikan terlalu sukar untuk diselesaikan maka akan wujud persoalan mengapa tidak dapat dibendung isu masalah sosial tersebut?

 

Permasalahan sifat individu adalah punca utama kepada pengamalan pembuat keputusan yang salah, ini adalah disebabkan individu tidak menghargai akan nilai harga diri yang sememangnya sudah sedia ada di dalam kehidupan sendiri, tidak mengetahui bahawa dalam hidup sendiri itu ada harga diri yang memerlukan penilaian terhadap tahap nilai harga diri sendiri, individu mengetahui akan kepentingan harga diri tetapi tidak dipraktiskan kerana diri sendiri tidak mempunyai usaha ketabahan dalam memperkukuhkan nilai harga diri yang lebih baik.

 

Terbukti kewujudan isu sosial yang kritikal tersebut menyatakan akan kepincangan nilai tingkah laku yang tidak produktif, nilai amanah yang kosong, ketandusan nilai kepimpinan dalam diri, tiada nilai hubungan interpersonal yang diamalkan dan kesejahteraan psikologi yang rosak.

 

Nilai harga diri dalam isu sosial dapat dirungkaikan sebagai bahan rujukan untuk dijadikan sumber memahami keadaan individu bermasalah sosial dan juga dijadikan panduan untuk mengukur setakat mana ketidakfahaman individu ke atas nilai kasih sayang terhadap harga diri sendiri.

 

 

PKP

 

 

Apabila dihuraikan akan isu ekonomi ia bukan hanya sekadar peningkatan kos sara hidup namun ia juga berkaitaan dengan produktiviti, pekerja yang tidak mahir, nilai individu yang keupayaan tinggi dan bersifat berjati diri tetapi gagal untuk dikesan, kegagalan sistem pendidikan untuk mencapai sasaran, pembangunan prasarana berteknologi digital yang masih peringkat percubaan, dan pencarian inovasi penghasilan produk barangan Malaysia yang masih perlahan.

 

Kenapa diperkatakan akan nilai harga diri itu mempunyai kesinambungan kepada isu-isu ekonomi semasa ini?

 

Individu merupakan satu kunci penting didalam perkembangan ekonomi semasa, perkembangan ekonomi akan berdasarkan daripada keputusan yang diolah oleh individu tetapi bagaimana sekiranya setiap keputusan itu dibalut dengan etika nilai harga diri yang rendah, sudah pasti ianya akan memberi kesan kepada perkembangan produktiviti, kewujudan nilai pekerja yang tidak mahir, nilai individu yang berprestasi di dalam satu kumpulan tidak diambil kira, dan juga kewujudan satu era perkembangan ekonomi yang ketinggalan.

 

Tindakan transformasi yang menyeluruh harus dititikberatkan, salah satu yang harus dijadikan pemberat di dalam menjadikan setiap matlamat itu tercapai dengan berjaya adalah mengambil tindakan akan keberkesanan nilai harga diri dalam setiap keputusan yang diputuskan, memahami secara praktikal kesan nilai harga diri dalam menyediakan satu pembentukan dan amalan nilai etika didalam sesi berkumpulan.

 

Dengan menyedari bahawa nilai harga diri yang jarang dibicarakan secara meluas tetapi hanya dianggap sebagai simpanan peribadi sebenarnya adalah satu indikator penyebab kepada kepincangan hasil yang berkesan di dalam membuat sebarang keputusan yang kritikal.

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

 

 

 

Portfolio Tags